SIAPAKAH GURU MURSYID

GURU MURSYID
----------------------

Di celah-celah manusia kota itu, tidak mereka sedari diantara mereka ada guru-guru tersembunyi. Mereka disembunyikan Allah. Tugas mereka di dunia hanya tugas-tugas tertentu yang ditakdirkan sahaja cuma sedikit peranan mereka di dalam masyarakat dunia. Mereka tidak berpangkat dunia dan tidak juga terbilang atau terkenal.
.
..Al-Mu’minun :8
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan
janjinya.

“Sentiasa hambaKu mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan ibadah sunah hingga aku mencintainya . Maka apabila Aku telah mencintainya , jadilah Aku pendengarannya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang dengannya ia melihat, perkataannya yang dengan kata katanya ia berkata, jadilah aku tangannya yang dengannya ia berbuat, jadilah Aku kakinya yang dengannya ia melangkah, dan akalnya yang dengannya ia berfikir “-hadist Qudsi

Guru-guru tersembunyi itu bukan ulama kerana ulama belajar dari manusia lain untuk dapatkan ilmu

‘Guru-guru tersembunyi’ berguru dengan malaikat-malaikat yang ada pada diri mereka dan belajar dari alam..

Guru-guru tersembunyi itu juga tidak akan mengenakn bayaran atas apa jua khidmat mereka kecuali menerima sedekah yang diberi seikhlas hati,sebanyak mana dia terima...sebanyak itu juga Allah menilai si pemberi.

Guru-guru tersembunyi itu punyai rahsia-rahsia tertentu yang tidak terdapat pada ulama-ulama. Hanya Allah yang mengetahuinya...

Mereka adalah golongn yang sedikit. Gerak mereka adalah gerak Allah...dan bila tiba saat dan ketikanya, mereka tidak bergerak selagi Allah tidak mengadakan gerak..

Mereka berpakaian biasa yang serupa dengan kaum masing-masing dan tidak memakai seragam seperti seorang ulama.

Mereka tidak bercerita tentang karomah diri dan mereka tidak bergerak untuk mencari murid bahkanAllah lah yang akan memilih dan akan menghantar murid kepada mereka.

Murid-murid mereka yang baru dalam perjalanan makrifah, akan pasti bertembung dengan manusia syaitan dan jin syaitan terlebih dahulu.Tidak ada habuan jika tidak diuji Allah.

5 Ciri Guru Yang "Mursyid"
- mengubah kita dari sifat baran, menjadi "lemah lembut"
- menjadikan kita dari kedekut menjadi orang "pemurah"
- dari orang yang tak berilmu, faham kepada "ilmu"
- menjadikan kita suka me"maaf"kan orang
- ubah kita dari maksiat kepada "taat"
(kalau kamu jumpa, belajarlah dari dia, pesan Imam Ghazali)

Orang yang melalui pengalaman ketuhanan ni jiwanya selalu berkata-kata dengan tuhan, pandangan matanya tembus dan kasyaf semata2, Mereka yang tiada hutang ni ruhnya ringan mengembara bahkan dengan jasadnya sekali samada ketika hidup apakanlagi selepas mati.

Mereka-mereka yang berada di makam tinggi, siap boleh buat adegan VIDEO CALL dengan sesiapa yang dia nak dalam dunia ni...

Sebab tu ada MURSYID yang boleh berada SERENTAK PADA BANYAK TEMPAT mengajar ALIF BA TA, dikenali dengan pelbagai nama panggilan, hakikatnya dia adalah orang yang sama tengah siram bunga kat belakang rumah saya...

Untuk capai makam ni, orang tu kena selalu PUASA, selang 1 hari,seorang yang penyayang, dia seorang yang disenangi BINATANG...

Para2 guru MAKRIFAT ini, lazimnya dia melindungi dirinya dari tidak berpakaian seperti seorang guru,beliau akan mengelak berpakaian seperti orang2 ALIM yang hiasannya serban, kopiah, songkok, dan seangkatan dengan tanggapan yang kalian semua "anggapkan". Anda sebenarnya mahu mencari ILMU kah, atau terpedaya dengan ilmu dari perwatakan INDAH kesan dari jasadnya kah...? maka ILMUnya hanya layak untuk mereka yang ingin MAKRIFAT semata-mata...

Sebab itu, bila mereka tidak berpakaian seperti guru2 TARIKAT,maka tak ramailah yang perasan akan ILMU yang sengaja mereka hijabkan, supaya guru-guru suci ini tidak dikenali ramai, seterusnya tidak mendapat tumpuan dari mereka-mereka yang tidak TEMBUS melihatnya, yang akhirnya menganggu urusan harian guru mursyid ini. ( bertuah la anda yang dapat berguru dengan cikgu yang MURSYID )

Para ulama mursyid yang haq akan melihat sesuatu (dengan mata firasat mukmin dengan izin Allah) fitnah (kerosakan) pada umat sebelum ianya berlaku dan mereka akan ingatkan umat akan kerosakannya agar masing-masing selamatkan diri. Orang awam yang tidak dipimpin mursyid pula, mereka akan terlibat dalam fitnah tersebut dan merekalah sebahagian daripada fitnah itu dan mereka akan mencaci maki sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan mereka termasuklah para ulama dan akan menganggap ulama yang beza pendapat dengan mereka itu sebagai ulama jahat, ulama "tak kaji habis", ulama "tak belajar habis", ulama "tak research dulu sebelum buat statement", ulama "ke laut" dan lain-lain gelaran. Mereka akan hanya sedar mereka dilanda fitnah selepas semuanya sudah rosak dan keadaan tidak dapat diselamatkan lagi. Ketika itu mereka terpaksa menjilat ludah mereka sendiri....Itulah yang berlaku sejak dulu, dan dulu, dan dulu dan dulu... Dan ia akan terus berlaku sampai sekarang dan sampai kiamat...

Tambahan lagi di akhir zaman ni, penuh dengan fitnah Dajjal... Yang putih dikatakan hitam, yang hitam dikatakan pelangi, yang busuk dikatakan kasturi....

Orang yang tiada mursyid, tiada sohbah dengan mursyid, tiada berada di dalam pimpinan mursyid, mereka tidak mungkin selamat dari fitnah ini.Walaupun mereka bergelar ulama.

Untuk tahu seseorang guru rohani itu mursyid atau tidak, mereka akan sentiasa bersepakat setuju sesama mereka dalam sesuatu perkara walaupun tidak pernah berjumpa. Kerana kesepakatan mereka itu ilham dari Allah, bukan dari akal, nafsu atau pertolongan teknologi.

Untuk mencari mursyid, perlu kepada solat hajat dan amalan soleh dan sunnah. Kemudian, hadirilah majlis ulama-ulama soleh. Jika mereka bercakap dan menyeru perkara yang sama dan perasaan tenang bersama mereka dirasai sama. Itulah mursyid. Orang yang melazimi hadir ke majlis para mursyid akan sedar perkara ini dengan mudah. Orang yang selalu lari dari majlis ulama pula akan diharamkan Allah untuk mereka bertemu mursyid.

Ketahuilah bahawa bendera hitam itu dikibarkan bukan sekali. Tetapi terdapat banyak False Flag sebelum panji hitam sebenar dikibarkan dan ketahuilah pengikut panji hitam sebenar hanyalah wali-waliNya dan para pedamping dan pengikut mereka yang mempunyai hati yang bersinar sahaja. Ketahuilah bahawa panji hitam sebenar bukan dikenali dengan mata, tetapi mereka dikenali dengan hati. Mereka akan dikumpulkan tanpa teknologi dan persepakatan, sebaliknya mereka dikumpulkan oleh Zat yang Maha Kuasa tanpa asbab dan berlawanan dengan asbab. Ingatlah bahawa khalifah hanya dibaiat di depan Kaabah dalam keadaan beliau TIDAK RELA.

Oleh sebab itu, mana-mana "gerakan Islam" yang tidak dinusrah (dibantu) oleh golongan Auliyaa' (para wali), maka gerakan itu BATIL. Kerana mereka hanya akan membantu perjuangan Islam yang haq sahaja, yang mirip dengan standard Nubuwwah walaupun berbeza manhaj dan berbeza jemaah di seluruh dunia.

Golongan yang haq yang akan bersama Al-Mahdi melawan Dajjal BUKANLAH golongan yang siang malam sibuk mengkaji peristiwa akhir zaman... Tapi yang akan bersamanya ialah mereka yang kini sedang berada di dalam "latihan riadah" untuk bersamanya dan sebagai persediaan bertemu Dajjal.Mereka tiada senjata, melainkan zikir. Nafas dan pandang mata mereka sudah cukup mencairkan ejen-ejen Dajjal. Tapi untuk membunuh Dajjal, tiada wali bahkan Mahdi sendiri tidak mampu untuk membunuhnya dengan kerohanian, hanya Nabi Isa 'alaihissalam yang layak dan akan membunuhnya dengan pembunuhan rohani, cahaya mata dan zikir qalbi serta yg nafas berbisa...

"Hanya jauhari mengenal manikam."

Comments

Post a Comment