Apam Johol - Kuih Tradisi Negori Sembilan


Sejarah Apam Johol Perkembangan Ciri-Ciri Apam, sejenis kuih gebu yang biasanya diperbuat daripada tepung beras dan di campur ragi, santan serta gula, memang kuih yang digemari ramai. 

Apam Johol yg terkenal di kampung ku adalah Apam Johol Tijah....( sedaro den ni)

APAM JOHOL

ASAL APAM JOHOL Kuih Tradisonal Resepi Kuih Apam Johol Sejenis apam di Negeri Sembilan, yang dinamakan Apam Johol, turut menjadi kegemaran ramai kerana keunikannya dan cara tradisional untuk proses penyediaannya. Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam 
daun rambai, kerana proses pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu tinggal di kawasan ini. Pada mulanya kuih ini selalu dihidangkan pada majlis jamuan sekitar kawasan Johol dan daerah Kuala Pilah sahaja.

Memandangkan kuih ini mendapat sambutan baik dan mula digemari, akhirnya ia mendapat perhatian anggota Dewan Undangan Negeri Johol Allahyarham Datuk Roslan Md Yusof.

Allahyaham meminta pengusaha kuih itu untuk mengekalkan ciri-ciri tradisi kuih berkenaan iaitu pembungkusannya menggunakan daun rambai, warnanya coklat muda, tepung yang digunakan tepung gandum dan gulanya pula gula merah atau gula Melaka. Apam ini juga mampu menarik sesiapa sahaja dengan baunya yang wangi, bentuknya yang gebu dan lembut, selain rasanya yang tidak terlalu manis.

Selain itu, apam ini mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan sangat enak dimakan bersama kuah sambal, endang, bubur kacang, kuah daging dan kuah durian.


BAHAN-BAHANNYA :-
  • 300 g tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 100 gula merah ( larutkan dengan 1 1/2 cawan air)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 bungkus ibu roti mauripan
  • Daun rambai secukupnya
CARA MEMBUATNTA :-
  1. Satukan marjerin dengan tepung sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan ibu roti dan gula pasir ke dalam tepung.
  3. Tuangkan larutan gula melaka yang telah ditapiskan kedalam adunan sedikit demi sedikit. 
  4. Bancuhan adunan jangan terlalu cair. Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda / perap sehingga 3 jam - 4 jam sebelum dibalut dengan daun rambai yang telah dibersihkan.
  5. Sebelum dibalut dengan daun rambai, permukaan daun hendaklah disapukan minyak masak sedikit kemudian baru diletakkan bancuhan adunan. 
  6. Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun. Ini kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.
  7. Kukus kuih selama 20 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba !



Sekiranya ada yg Berminat

dengan yang lain...


NAK BELI PATI MINYAK ORIGINAL
KLIK SINI






Comments