PETUA MUDAH HILANGKAN SAKIT LUTUT TANPA UBAT

Petua MUDAH untuk Hilangkan Sakit Lutut tanpa Ubat...

Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus, Jom cuba petua semulajadi ni untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.

Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesihatan. Ini adalah disebabkan sifat anti-radang di dalamnya.

Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat

Bahan-bahan adalah seperti berikut:
· 1 Ketul Halia
· 1 Cawan Air
·  Sedikit Perahan Jus Lemon
·  Sedikit Madu

Cara-cara penyediaannya:
· Sediakan 1 cawan air dan 1 ketul halia
· Hancurkan 1 ketul halia
· Masukan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air
· Gaulkan 1 cawan air tadi yang dicampur dengan halia
· Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk
· Didihkan selama 10 minit
· Tunggu sehingga Air halia yang dah siap dididih sejuk
· Selepas 10 minit tapis air yang dididih tadi
· Biarkan seketika hingga 1 minit
· Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia
· Pastu masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon
· Kacau hingga sebati
· Pastu boleh diminum. Boleh minum 2-3 cawan halia setiap hari sehingga sakit lutut hilang

So mudah kan....Mudah-mudahan bermanfaat untuk orang yang sakit lutut. In sha Allah

Selamat Mencuba

Silakan SHARE, Semoga Bermanfaat

Kredit: Azliza Talib
=======
INFO PRODUK LAIN
=======

Comments